Lelaki Ini Tergamam Bila Bakal Isteri ‘Lesap’ Di Hari Perkahwinan, Hantaran RM16,000 Dah Bagi
Beberapa hari yang lalu viral tentang pergaduhan yang berlaku di sebuah masjid yang dikatakan berpunca dari duit hantaran RM 15,000 yang tidak cukup. Majlis akad nikah bertukar kecoh dengan insiden tumbuk menumbuk.
Terbaru, hasrat seorang posmen untuk mendirikan rumah tangga berkecai
apabila bakal pengantin perempuan ‘lesap’ di hari pernikahan. Lebih
menyedihkan wang hantaran berjumlah RM 16,000 telah diberikan
Hasrat kahwin pada hari lahir ‘terkubur’
Lelaki tersebut terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan
tidak berpenghuni dan tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan
merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut
sebagaimana diputuskan sebelum ini.
Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki
itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun
perkara tidak diingini berlaku.
Difahamkan lelaki tersebut hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur
dengan gaji RM900 sebulan. Semasa mengikat tali pertunangan, lelaki
tersebut diberi tempoh 2 tahun bagi mengumpul hantaran berjum RM 19,000.
Hantaran 19K, dah bagi 16k dulu
RM 16,000 telah pun diserahkan sebelum majlis perkahwinan dan baki
RM3,000 akan diserahkan semasa majlis majlis akad nikah yang dijadual
semalam.
Difahamkan bakal pengantin perempuan bekerja sebagai pekerja kedai
telefon. Jiran sekitar rumah bakal pengantin perempuan tersebut
memaklumkan mereka tidak menerima sebarang jemputan perkahwinan.
Sumber : Sinar Harian
0 Response to " Lelaki Ini Tergamam Bila Bakal Isteri ‘Lesap’ Di Hari Perkahwinan, Hantaran RM16,000 Dah Bagi"
Post a Comment