“TV3 Paling Bangsat!” – Orang Ramai Berang Buletin Utama Putar Belit Kenyataan TMJ
- Pada 23 Mac 2016, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), mengimbas kembali krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992
Baginda menyifatkan detik itu sebagai “detik hitam” apabila kuasa dan kekebalan raja-raja telah dilucutkan oleh Kerajaan Persekutuan
Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.
Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci.
Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.*
Walaubagaimanapun, keadaan telah pulih sekarang. “Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya.”
Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.
Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi.
Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Baca kenyataan penuh TMJ di sini.
Kenyataan TMJ itu dilihat bersifat general dan tidak pula nampak seperti ditujukan kepada mana-mana individu.
Namun begitu, Buletin Utama TV3 pada hari yang sama tiba-tiba mengeluarkan headline sensasi yang mengaitkan Tun Mahathir.
Headline sensasi itu berbunyi, “Tunku Mahkota Johor sifatkan Tun Dr Mahathir sebagai gila kuasa, tamak haloba.”
Melihatkan perkara sebegitu berlaku, netizen di laman sosial bertindak menyerang Buletin TV3 dengan caci maki dan hamburan kata-kata kesat seperti ‘bangsat’, ‘penipu’, ‘penjilat’, dan macam-macam lagi
Dalam masa yang sama, Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip turut bersependapat dengan orang ramai dengan berkata:
“TV3 merupakan stesen tv yang paling bangsat pernah lahir dalam sejarah negara kita.”
Muhammad Zahid juga menggesa TV3 agar mengeluarkan kenyataan maaf kepada TMJ secara terbuka dan menyeru bangsa Johor untuk bangkit menegakkan keadilan.
Apabila ditanya mengenai isu tersebut, TMJ menjawab, “Ia ditujukan kepada sistem, bukan kepada Tun Mahathir atau sesiapa pun.”
Sila baca dengan teliti apa yang saya katakan. Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin.
Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup. Saya juga ingin mengingatkan kepada para media agar tidak memutarbelitkan kata-kata saya atau mengambil kenyataan saya di luar konteks.
0 Response to "“TV3 Paling Bangsat!” – Orang Ramai Berang Buletin Utama Putar Belit Kenyataan TMJ"
Post a Comment