Semakin Melampau.. Atheist Cabar Tuhan Di Tanah Suci!
LAMAN Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ semakin lama semakin melampau.
Sejak group Facebook ini ditubuhkan beberapa tahun, ahlinya tidak
henti-henti mengatur langkah dengan melakukan pelbagai cubaan murtad,
bahkan menghina bertubi-tubi apa sahaja berkaitan agama Islam.
Terbaharu menerusi sumber yang kami terima, seorang ahli group Facebook
itu, Dawkins Al Haq yang merupakan seorang atheist telah membuat onar
mencabuli kesucian agama Islam dengan bertindak memasuki kota Makkah
seolah-olah mahu mencabar Allah SWT.
“Betul ke muslim kata orang kafir tidak boleh masuk tanah haram start
dari pintu gerbang bentuk rehal quran dari Jeddah,” tulisnya.
Lebih biadap, individu itu turut memuat naik beberapa gambar potongan
ayat berbunyi, ‘proud to be Atheist’ iaitu bermaksud ‘bangga menjadi
Atheist’ dan Republik Atheist dengan berlatar belakangkan pemandangan
Masjidil Haram.
Malah, status yang dimuat naik lelaki itu jelas menampak dirinya
mengetahui tentang larangan orang kafir dalam memasuki kota Mekkah yang
tercatat dalam Al-Quran menerusi surah At-Taubah ayat 28 yang berbunyi;
‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang
musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram
sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)’.
Meskipun, dia adalah Atheist iaitu golongan yang menolak agama, tetapi
mencemar agama Islam dan mencabar kekuasaan Tuhan Yang Esa seperti apa
yang dilakukan di Tanah Suci merupakan satu penghinaan kepada umat
Islam.
Semoga pihak berkuasa yang berkaitan segera menyiasat kes ini agar individu terbabit dibawa ke muka pengadilan. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to " Semakin Melampau.. Atheist Cabar Tuhan Di Tanah Suci!"
Post a Comment