Isteri Terkejut Melihat Suami dan Anak Berasmara Di Dapur
#KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami
sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru
pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana
mengandung di luar rahim...
#Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat
‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai
Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.
#Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas
melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak
tiri.
#Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun
anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini
pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.
#“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang
lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai,
kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.
#Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat
seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada
2002.
#“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami
mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan
tahun dan perempuan berusia lima tahun.
#“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit
selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami
di ibu kota,” katanya.
#Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia
sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil
kesempatan terhadap anaknya itu.
#“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.
#“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu
menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain
tidak mahu anak lain tahu,” katanya.
#Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak
gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta
dibawa ke klinik.
#“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya
menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi
pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa
kerana diugut bapa tirinya itu.
#“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.
#Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas
baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang
dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.
#“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak
perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani
pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
#“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.
#Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya
turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali
masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.
#“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya
sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia
pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui
hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.
#“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang
berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami
berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.
#Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu
yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan
dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.
#“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan
anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak
memujuk.
#“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.
0 Response to " Isteri Terkejut Melihat Suami dan Anak Berasmara Di Dapur"
Post a Comment