Jual Semua Harta Demi Rawatan Kanser Isteri Di Paris, Akhirnya Pasangan Ini ‘Hilang’ Bersama Pesawat EgyptAir

Jual Semua Harta Demi Rawatan Kanser Isteri Di Paris, Akhirnya Pasangan Ini ‘Hilang’ Bersama Pesawat EgyptAir



Kehilangan pesawat EgyptAir MS804 masih jadi tanda tanya. Walaupun kebanyakan media melaporkan bahawa pesawat tu meletup di udara dan terhempas tapi tiada tanda-tanda jelas sebab sebenar kehilangan pesawat terbabit. Antara mangsa yang hilang ialah satu pasangan suami isteri yang berasal dari Egypt.
Mereka ke Perancis untuk membuat pembedahan buat isterinya yang mengalami penyakit kanser. Mereka berada di Perancis selama sebulan dan meninggalkan tiga anak mereka di Egypt. Si suami terpaksa menjual semua harta ada yang demi menyelamatkan isterinya. Tetapi lain pula yang jadi.. Haihh..

Gadaikan segalanya demi isteri tercinta, tetapi..

Pasangan suami isteri dari Mesir yang nahas bersama pesawat EgyptAir MS804 telah menjual segala harta yang ada demi menyelamatkan dan merawat penyakit isterinya. Kereta dan rumah flat antara harta peribadi yang dijual Ahmed Ashery (suami) demi mengumpul duit untuk melakukan pembedahan penyakit kanser si isteri.
Menurut laporan media dari Mesir, Masrawy mereka telah meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya di bawah jagaan ibu kepada si suami dan berada di Perancis selama sebulan untuk proses pembedahan dan pemulihan isteri.

Menunggu kepulangan yang tak akan tiba sampai bila-bila


Menurut rakan kepada keluarga Ahmed, dia menggesa supaya jangan pergi buat rawatan sehingga ke Paris;
Ahmed gadaikan segalanya untuk selamatkan nyawa isterinya dan kurangkan penyakit (kanser) yang dialami. Saya sudah nasihatkan supaya serahkan semuanya kepada Tuhan dan cuba cari tempat untuk merawat kanser di Mesir.
Dia telah pergi ke Paris bersama isterinya dan meninggalkan tiga orang anaknya bersama ibu Ahmed. Mereka tinggal di Paris selama sebulan dan mereka kembali bersama kapal terbang yang tak sampai dan sekarang, tidak akan tiba buat selama-lamanya.
Ahmed telah menelefon keluarganya di Mesir pada hari Isnin dan mengatakan mereka akan akhirnya akan pulang. Mereka telah menaiki kapal terbang EgyptAir MS804 pada Rabu malam dan tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Tetapi kapal terbang yang dijadualkan akan sampai ke Kaherah akhirnya tidak sampai. Sebaliknya hilang di kepulauan Mediterranean.
Pasangan itu sudah berkahwin selama 8 tahun. Anak lelaki mereka kini belajar di sekolah rendah, manakala dua lagi anak perempuan akan tinggal bersama ibu kepada Ahmed. Kedua ibu bapa kepada si isteri telah meninggal dunia pada beberapa tahun lepas.
Sumber: The Telegraph

0 Response to "Jual Semua Harta Demi Rawatan Kanser Isteri Di Paris, Akhirnya Pasangan Ini ‘Hilang’ Bersama Pesawat EgyptAir"

Post a Comment

ad banner