SUMBAT RM20 DI FARAJ MANGSA SELEPAS PUAS ROGOL DARI SENJA KE SUBUH


AddThis Sharing Butto

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang dialami seorang jurujual yang mengalami ‘mimpi buruk’ setelah dipaksa menelan dadah sebelum dirogol berulang kali dalam insiden ngeri pada Rabu lalu.

Lebih sadis, perogol berusia 31 tahun dan juga saudara teman serumahnya itu sempat lagi ‘sumbat’ wang kertas RM20 pada lubang kemaluan mangsa selepas puas memperkosanya hingga ke pagi di rumah sewa wanita tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek dipercayai berjaya ceroboh rumah mangsa di Taman Seng Goon kira-kira pukul 7 malam sebelum masuk ke bilik wanita itu.

Mangsa cuba melawan namun ‘tewas’ mengatasi kekuatan suspek yang mengikat wanita tersebut dan ugut akan mencederakannya dengan pisau sebelum dipaksa menelan sejumlah pil dadah sehingga dia menjadi khayal lemah.

Ketika separuh sedar, perogol bertindak memperkosa mangsa beberapa kali sehingga ke pagi subuh keesokan hari dan ‘meninggalkan’ wanita itu dengan menyumbat wang RM20 di bibir faraj mangsa yang penuh sisa air maninya.

Dev memberitahu, suspek bagaimanapun berjaya dicekup di rumahnya di Kampung Mongkos di Tebakang pada Khamis dan pihak polis turut merampas pisau selain tali pinggang yang digunakan dalam kes serangan seksual itu.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki tersebut dipercayai tergamak memperkosa mangsa berulang kali tanpa henti dan belas kasihan sebagai balas dendam ekoran gagal dalam percintaan dengan bekas kekasihnya sebelum itu.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dan menurut Dev lagi, sejumlah 149 kes perkosa direkodkan di Sarawak sepanjang tahun lalu, dengan majoritnya melibatkan mangsa bawah umur.mynewshub.

Kronologi kejadian:

Pada 6.1.2016 jam lebih kurang 1630 hrs, semasa mangsa tiba di rumah sewa pengadu di alamat No. 73, Lorong 3B3, Taman Seng Goon, Kuching, mangsa telah melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah.

Mangsa telah dimaklumkan oleh rakan sebilik pengadu bernama Mary bahawa lelaki tersebut merupakan sepupunya yang dikenali dengan nama Roy. Pada hari sama jam lebih kurang 1700 hrs, rakan mangsa, (Mary) telah keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama Roy sahaja di dalam rumah. Saspek mula mengajak mangsa untuk bersembang.

Pada jam 1900 hrs, semasa mangsa berada di dalam bilik, tiba-tiba saspek datang dari arah belakang dan mengikat tangan mangsa dengan menggunakan tali pinggang. Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan antara pengadu dengan saspek.

Semasa bergelut, saspek telah memasukkan 3 biji pil berwarna putih berbentuk segitiga ke dalam mulut mangsa dan memaksa mangsa untuk menelan pil tersebut sambil mengacukan pisau ke arah perut mangsa. Saspek juga mengugut akan membunuh mangsa jika melawan atau tidak menurut kemahuan saspek. Saspek kemudiannya telah membuka seluar dan seluar dalam mangsa dan merogol mangsa.

Dalam keadaan separuh sedar, mangsa sedari saspek telah memasukkan duit kertas RM20.00 yang dipotong dua ke dalam dubur mangsa secara paksa. Saspek juga telah merogol mangsa beberapa kali sepanjang malam hingga ke pagi. Mangsa buat laporan untuk tindakan polis selanjutnya.

Hasil siasatan awal.
– Lokasi kejadian merupakan sebuah bilik sewa di dalam rumah kedai.
– Saspek mengaku telah merogol mangsa beberapa kali.
– Saspek memberi alasan bertindak sedemikian kerana berdendam dengan wanita setelah ditinggalkan kekasih.
– Tiada saksi bebas yang melihat kejadian.
– Tiada CCTV.
– Mangsa tidak mengalami kecederaan
-Doktor mengesahkan mangsa mengalami kesan koyakan baru dan lama pada jam 2 dan 5 serta terdapat beberapa gulungan kertas didalam dubur mangsa.

VIDEO: Perogol sumbat batu, pisau, kayu di kemaluan mangsa:

  
:)

0 Response to "SUMBAT RM20 DI FARAJ MANGSA SELEPAS PUAS ROGOL DARI SENJA KE SUBUH"

Post a Comment

ad banner